Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  58  59  60  61  62  63  64  [65]  66  67  68  69  70  71  72  >  >>]    [Archive]
Saturday, 12-Jul-2008 13:00 Email | Share | | Bookmark
Expedisi makan durian.-Kg.Gajah

Rumah Tok Chu-Tg Tualang
Kandang kambing dan Pokok durian
Kebun dalam,durian dan sawit
View all 11 photos...
Kebetulan Ayong balik dari asrama secara pilihan hujung minggu.,dan kebetulan dah masuk musim durian kat Kg. Gajah,so mama arahkan ayong tak yah baik Shah Alam naik bas express.Biasanyer kalau balik bulanan,sekolah akan "chartered" kan bas persiaran.Tunggu jer kat hostel,esok paginyer kami singgah jemput dan terus ke Kg Gajah.Tapi malangnyer walaupun balik pilihan,nampaknyer majoriti student balik kampung,so ayong takut tak de orang malam tu,jadi terpaksa suruh Wak Ni jemput ke asrama bawak balik Tebuk Kenchong,rumah embah.
Hari Sabtu pagi2 kita bertolak ke Sg Besar.Nak ajak embah ke Kg Gajah sekali kerana dia tak pernah pergi lagi ke Kg Gajah.Rupa2nyer embah dah ada org booking...Wak Min nak bawak embah g Kedah kerumah Wak Pan.Wak Pan dah pesan kalau datang bawak embah sekali.Wak Min memang nak ke utara pasal Kak Aten nak masuk maktab kat Penang...,daftar hari Isnin 14/7/08.
Kat Kg Gajah memang dah musim durian.Sepanjang jalan penuh ngan durian.Tapi kat kebun baru start nak luruh.
"Baru musim buah busuk(buah awal)"..kata mama.
Jadi tak de lah aktiviti mengutip durian sangat ngan anak2.Pasal dah beritahu Tok Chu kita nak balik,so dia dah simpankan 20 biji durian yang dikutip dari semalam.Kita tinggal makan jer la gamaknyer.
Kebun durian di tapak rumah lama dah terang benderang.Tok Chu bersihkan kebun untuk ditanam sawit.Tok Teh yang modalkan beli anak pokok sawit.Pokok durian pun tinggal beberapa batang jer lagi.Yang lain rosak akibat ribut atau di tebang.Dah tak nampak macam dusun lagi..dah jadi kebun sawit.
Kat sini belum ada durian yang jatuh lagi.Haziq dan Sofia excited tengok segerombolan monyet2 lari lintang pukang bila kita datang...Mungkin lebih dari 50 ekor.Bila hon keta dipicit jer.....bergegar pokok2 sawit kat kebun sebelah.Mungkin dia pun datang nak makan rambutan kut..?,tapi pokok tu dah kena tebang dah.....!!
Inilah satu2 nyer harta Tok Onyang yang tinggal atas nama mama dan Tok Teh seluas 3 ekar.Tukang jaganyer ialah Tok Chu...Kita balik masa musim buah jer.....bak kata mama ..."SEDARA BUAH".Walaupun macam tu,mama tetap akan "hulur" jugak ke Tok Chu setiap kali balik sebagai upah jaga kebun,walaupun tak pernah amik hasil.
Citer baru....?
1)Longan@mata kuching yang manis dan besar yang baru berbuah.Tok Chu bungkuskan longan yang hampir ranum utk kita supaya tak di petik oleh sang monyet..!!!
2)Kambing yang Tok Chu bela tinggal 1 pasang jer lagi....Dulu masa "peak"...kandang tu ada lebih 20 ekor.Kambing yang dah jinak tu kadang2 menjenguk sampai ke dapur.Aksi nyer yang boleh berdiri macam kuda tu menarik perhatian Haziq dan Sofia.Bila ayah boleh gurau2 ngan kambing jantan,pegang2 tanduk...Sofia kata "AYAH HEBAT....!!!" ...inilah perkataan yang sinonim pasal ayah oleh Sofia.
3)Banjir kilat yang baru melanda rumah Tok Chu telah menyebabkan Ikan Koi berenang merata2.Ada yang tak pernah tengok ikan cantik dan tangkap ikan tu nak goreng(depa ingat ikan Talapia),mujurlah ada yang kenal dan bagitau.."Itu ikan Pak Torr.."!! (Pak Tor adalah nama glamer kat kampung.Kita panggil Tok Chu).Termasuklah ikan yang dibela kat kolam belakang rumah dari haruan,sepat dan puyu yang dah besar2....Melihat gambar yang dirakam melalui henfon..air nyer bersih dan jernih..Tak macam banjir kat Shah Alam...merah berkeladak...!!! Banyak perkakas yang tak sempat diselamatkan mcm TV ,almari ,kereta dan lain2 rosak kat luar rumah.
Dah salam2 nak balik,mama petik beberapa biji jambu batu spara masak....Habis jugak dalam keta......tak tau lak anak2 pun minat jambu batu ni.....
Semasa balik nak isi minyak,singgah Petronas Kg Gajah....kat luar pun ada beberapa longgok durian utk dijual....(durian dimana2.....!!!!). Kami isi minyak RM 50...ngam2 utk sampai ke Shah Alam jer..Minyak Mahal......!!!!
Kami hanya bawak balik beberapa biji durian sahaja..Selain nyer dah di "faraid" kan kat rumah Wak Ni dan embah.Sampai Shah Alam,jiran depan rumah pun balik kampung jugak (Perak),dapatlah 1 baldi lagi durian Bagan Serai...Esok nyer kita buat serawa durian.....!!!!Antara jiran yang paling "best",kalau dia balik kampung Perak atau N9, mesti ada buah tangan yang diberi.Kami selalu bagi hasil laut, pasal kat Sg.Besar atau K.Selangor...ikan memang "Fresh" dan murah.So kalu beli berkilo2,pasal ada ramai jiran nak bagi rasa ikan fresh.

...(Ayah)...





Sunday, 6-Jul-2008 21:00 Email | Share | | Bookmark
Piala Sultan Selangor-Stadium Shah Alam

Bendera Sponsor...
Bukti mama datang stadium
Lokasi agak baik..
View all 6 photos...
Tiket FREE dah dapat.Disaat2 akhir pun masih ada tiket free,so dah bagi member kat ofis.Tahun lepas pun dapat tiket free jugak.Cuma kali ini tak berpeluang nak dapat cabutan bertuah kerana tiket free tak de nombor......
Tahun ni perlawanan pada hari Ahad malam Isnin.Esok anak2 nak sekolah,so kita plan nak balik kul 10.30pm..Dapatlah separuh masa jer.Kalau balik lewat..alamat tgh mlm la sampai rumah,pasal nak kuar stadium, jam....!
Tahun lepas perlawanan malam minggu.So agak perlawanan nak habis kita keluar stadium dulu.
Ayah bukanlah hantu bola.Minat pun setakat tengok kat TV jer.Pergi Stadium pun bukan kerana sendiri nak tengok bola,cuma nak bagi pendedahan kat anak2 suasana kat stadium tu.Nanti kawan2 dia citer pasal bola..menganga anak aku.....!!!
Tapi memang boleh release tension kat stadium ni...Jerit sana sini,maki sana sini...tak de sapa nak maki kita balik...hehehe.....Suma yang kat padang tu tak betul belaka...."pengulas" kat kerusi stadium lah yang betul.Cuma tak leh over sangat,nanti org sekeliling menyampah lak...
Diantara game veteran dan pilihan Selangor,ada acara pertunjukan payung terjun......
Tahun ni berbaloi datang tengok, pasal pilihan Selangor menang...
Kita tengok tahun depan lak...

01/09/08
Ayah baru perasan,baju mama malam tu "BIRU PKR"...!! Macam penyokong kuat PKR jer...Iye la ,Tahun ni MB PKR yang iringi Sultan Selangor...hehehe....


...(Ayah).....





Saturday, 5-Jul-2008 10:00 Email | Share | | Bookmark
IKEA..Damansara

Sampai IKEA jer,makan first...
Pia bleh habiskan satu ketul..
Penuh mulut tu Nana..!
View all 5 photos...
Hujung minggu..menunaikan hajat mama nak ke IKEA....tak de promosi atau jualan murah,cuma nak tengok2 aje.Itu janji mama kat ayah sebelum kesana....Sejak kali terakhir pergi masa mula2 bukak dulu....,masa tu The Curve baru nak buka.Tapi sekarang Harley Norman Store pun dah ada.Kali ni tak sempat singah The Curve dan Harley Norman.Lain kali kita g terus kesana kut..??
IKEA...?Tak banyak beza pun.........Sempat jugak ayah berangan nak buat bunglow nanti guna semua peralatan,decoration sampai kedapur menggunakan barangan IKEA,dan mintak IKEA sponsor.Tapi mungkin ada masalah kalau IKEA sponsor ..dia nak jadikan rumah kita lak sebagai "sample" atau show house utk barangan IKEA...?,Jenuh la pulak nanti kat depan rumah ada signboard "IKEA SHOW HOUSE"..!!!???....Angan2 tu terhenti setakat itu.Entah bila nak buat bunglow pun tak tau...?Mampu ker...??Layannnnn.....................
dan Akhirnya untuk tak menghampakan window shopping kali ini,mama beli bekas penyimpan beg plastik dan lilin pemanas utk pewangi aromatic liquid.Memang murah sebab Made in China jer......tapi presentation and packaging dia menarik.
Adalah kenangan nyer tu...

...(Ayah)....




Saturday, 14-Jun-2008 18:00 Email | Share | | Bookmark
Hari Bapa-Kad utk ayah dari Nana.

Muka hadapan
Isi kandungan kad....
Ini bukalah kad yang pertama yang di lukis oleh Nana sempena Hari Bapa atau Hari Raya atau Hari Lahir ayah,cuma ini adalah yang sempat di rakam oleh kamera ayah.Oleh kerana Nana ni agak "liat" sikit,selalu kena marah oleh ayah dan mama,perkataan yang sinonim dan biasa ditulis ialah ;
"Nana minta maaf sebab selalu buat ayah dan mama marah.Nana janji akan berubah dan menjadi budak yang baik".katanya...
Walaupun ayah tak pernah specifik kata nana ni nakal,tapi dia dapat rasa yang dia ni selalu buat mama marah pasal kenakalan nya.
Tak ada "hadiah" special pasal anak2 ni tak tau apa hadiah yang sesuai utk ayah...hehe.......Kalau untuk mama depa ni senanglah...kat Tesco pun boleh beli.Tapi masalahnyer....depa pilih hadiah,pas tu depa yang pakai..Alasan..?"Suka"...katanyer...
Kad2 lain akan menyusul di page yang lain.

....(Ayah).... .


Thursday, 12-Jun-2008 18:00 Email | Share | | Bookmark
Percubaan menanam cendawan tiram.....!

Tunas mula keluar
Selepas 24 jam....
Oleh kerana anak2 suka makan sup cendawan,ayah baca kat internet tentang cendawan dan beli "by post" Kit Penanaman Cendawan Tiram dari pengusaha muda dari Kajang.Mengikut buku panduan dan bacaan dari internet/blog,ayah pun bancuh lah kesemua kit yang dapat,terdiri dari serbuk kayu gergaji,anak benih,plastik beg,penutup dan cecair EM(apa makna nyer ha..??lupa da....) @ baja cendawan,serbuk kapur dan serdak/serbuk soya?.
Setelah pemeraman selama lebih dari satu bulan,inilah hasilnyer.Hasil yang pertama kali sangat banyak dan besar2.Macam tak cukup lubang tu, suma nak menjulur keluar.Ada cuma 7 polibeg jer....sekali tuai masih tak cukup utk masak sup...Yang lain nyer mama kena beli kat pasar la...hehehe...
So maknanyer lain kali ayah boleh buat industri tanam cendawan tiram ni kalau nak...??!!!.

...(Ayah)...




[<<  <  58  59  60  61  62  63  64  [65]  66  67  68  69  70  71  72  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net