Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  57  58  59  60  61  62  63  [64]  65  66  67  68  69  70  71  >  >>]    [Archive]
Thursday, 17-Jul-2008 12:21 Email | Share | | Bookmark
Hantar balik Ayong ke asrama.

Haziq n Nana tukang angkat barang ke bilik
Apa lagi na angkat ni..?
Ayah tunggu luar.
View all 6 photos...
Setiap bulan atau 2 minggu sekali,Ayong akan balik rumah.Sebulan sekali wajib balik, tiap minggu ke 2 pilihan ,boleh balik.
Orang yang paling merindui Ayong ialah Sofia....Si comel yang suka diberikan perhatian.
Ayah sengaja memilih sekolah yang berhampiran kampung@rumah Embah kerana supaya kita dapat selalu jengguk Embah dan balik kampung.Kalau asrama dan sekolah Ayong menghala ke Hulu Selangor atau arah selatan.Alamat susahlah nak menjenguk Embah yang dah tua tu.....
Kalau ayah ada masalah nak datang/jemput,ada Wak atau Ucu boleh tolong jenguk2kan Ayong kalau ada masalah atau amik Ayong bila cuti.
Setakat ni Haziq masih "boleh" masuk bilik asrama bila tolong angkatkan barang2 Ayong dari kereta ke bilik asrama pompuan...!!!
Muka budak2...dengan selamber nyer masuk kawasan asrama dan masuk bilik..Tentulah akan jadi kenangan bila ia dah faham dan tau...asrama pompuan sekolah agama laki2 tak leh masuk..>!!!!
Biasanyer tak amik masa lama lepak kat situ.Siap angkat barang,bagi duit belanja terus kita balik....Waktu biasa kita hantar dari rumah Embah ialah pukul 4-5 petang.Lepas hantar terus balik Shah Alam.Ngam2 sampai rumah sebelum Maghrib/malam.
Moga anak ayah yang sorang ni jadi contoh teladan yang baik untuk adik2nyer...

.....(Ayah).... .




Tuesday, 15-Jul-2008 00:34 Email | Share | | Bookmark
Nak Rasa Air Nira Nipah....??

Nira Nipah dan Cuka ada di sini...
Lokasi gerai ini...lihat papantanda.
Gerai dibawah pokok..
View all 4 photos...
Nira nipah adalah minuman yang semakin digemari.Kalau dahulu hanya dijual disekitar Seberang Perak sahaja,tapi nira nipah juga sudah boleh didapati di sekitar Sabak Bernam.Ini adalah kerana pokok nipah boleh didapati dikawasan yang berhampiran pantai dan sungai disekitar Perak dan utara Selangor.
Setiap kali balik kampung "asal" mama di Kg Gajah,kami akan pasti singgah membeli manisan air nira nipah.BDulu2 sebelum kawin,tak lak pernah mama singgah beli..!!Dulu mama pun tak pandai nak minum air ni,ayah jugak yang ajar.Maklumlah ayah ni "kampung boy".Tak la heran sangat nak minum air nira tu...Sebab dulu2 dikiri kanan rumah adalah pokok nipah.kadang2 ambik nira,kadang2 makan buah nipah.Embah dulu rajin buat atap nipah.Ayah yang tukan tebang pelepah nipah tu.Kalu tak silap satu atap RM 0.25 jer...Murah kan..?
Sekarang pun bleh dapat atap nipah lagi,tapi kualiti tak der la.....Jarang2 macam gigi buaya kut.?Agaknyer sekarang berapa ringgit satu atap..?
Kalau lalu jalan simpang Batu 5 Teluk Intan -Pangkor,anda akan melalui sebuah kawasan kampung (sebelum sampai Seberang Perak) dimana banyak gerai kecil menjual Air Nira Nipah.Suasana sama macam kat jalan Sg.Besar ke Sekinchan
yang banyak menjual mangga dan sayuran.
Kedai yang saya rekemen ni adalah kedai pertama selepas melalui sebuah jambatan yang merentasi sungai(dalam 50 meter dari jambatan) arah ke Pangkor. Sila lihat gambar.
Kenapa gerai makcik ni....??Semenjak saya beli dari mula dulu,tak pernah dia menjual air nira yang dah masam (menjadi cuka).Air nira ni kalau "preservation" tak bagus,seperti penyimpanan kurang sejuk,terlampau lama dll,akan menyebabkan nira tersebut menjadi cuka.Sebab tu lah produk lain yang dijual ialah cuka.Kami pernah terkena bila teringin nak minum,tapi gerai makcik ni tak beroperasi.Jadi tiada pilihan,kami pun beli dari gerai bersebelahan.Bukan sekali,tapi berkali2 terkena nira yang dibeli masam atau start jadi masam.Kami pun citer ngan makcik tu yang kami "terkena" .Dia kata memang gerai dia selalu tutup awal kerana stok cepat habis.Mana2 Cina yang kenal dia akan singgah dan sapu suma stok.Sekarang kami pulak menjadi salah sorang dari statistik pelanggan dia.
Menurut beliau,1) Makcik tak jual kalau nira yang di "collect" start masam. 2)Dia tak campur bahan2 tambahan seperti air atau gula.
Harga:1 botol 450ml=RM 4,Plastik RM 2.Mengikut pengamatan saya,waktu pagi adalah waktu yang bagus kalau nak beli.Baru lepas kutip dan packaging,biasanyer dia simpan dalam bekas polystyrene putih + ais jer.Kalau beli sebelah petang,dia dah masukkan dalam peti sejuk dan seluruh manisan akan menjadi ais.
Anak2 start suka air ni,tapi Haziq minum macam orang dahaga.Cara minum yang disyorkan ialah dengan minum sedikit demi sedikit,ratakan manisan keseluruh mulut dan telan.Kita akan rasa kemanisan dan haruman nira tersebut.Lepas telan pun akan terasa manisnyer.Macam makan durian jugak.Lepas telan akan masih terasa manis dan lemak durian dlm mulut.
Jangan lupa singgah kedai makcik ni.Walaupun kat Sabak Bernam dah start jual,kami pun tak pernah beli lagi.Harap2 orang Sabak Bernam tak buat macam tu.Buek malu kaum jer....
Kedai lain kami tak jamin,tapi kalu nak "terkena' apa salahnyer....jadikan pengalaman...
Selamat mencuba.

Nota;Berhati2 ketika nak berhenti.....jalan lurus dan cantik,banyak keta dan lori tekan minyak......

...(Ayah)....





Monday, 14-Jul-2008 15:10 Email | Share | | Bookmark
Foto pilihan - "Album Anak2ku"

Begaya sebelum g kenduri
Gaya James Bond Gombak...?
Cantik laman rumah pengantin ni...
View all 9 photos...
Anak2 sentiasa spontan dalam kehidupan harian.Tiada wajah "susah hati" macam orang tua.
Lebih2 lagi bila bergaya dibelakang ayah.(pakat2 amik gambar sesama sendiri).
Dalam koleksi gambar kitaorang,jarang kami delete gambar2 yang di ambil oleh anak2 atau aksi anak2.Dengan harapan akan menjadi kenangan ketika anak2 ni dewasa dan jadi bahan gurauan.Selain menjadi pengubat rindu ketika Ayah dan Mama dah tua nanti.
Setelah rumah embah dirobohkan dan buat rumah baru,banyak barang lama dan nostalgia yang bernilai terpaksa ayah bawa balik Shah Alam.Kalau tinggal kat kampung...alamat kena lontar ke tong sampah jer..Terutamanya foto2 lama ayah semasa kecik,sekolah,dan universiti termasuk semasa di Jepun.
Nanti akan ayah uploadkan dalam FG ni..

...(Ayah).....







Monday, 14-Jul-2008 15:05 Email | Share | | Bookmark
Foto pilihan - "Album Anak2ku"

Tunjuk gigi...!
Kenduri kawin kawan mama
JJ,Bkt Tinggi
View all 12 photos...
Gambar2 adalah disekitar JAYA JUSCO Bukit Tinggi yang baru dibuka....Lebih besar,selesa,kemas dan lapang...............antara aktiviti hujung minggu kami..."WINDOW SHOPPING" jer..tapi anak2 mesti dapat aiskerim,mainan dan jajan.

....(Ayah).....






Monday, 14-Jul-2008 12:05 Email | Share | | Bookmark
Foto pilihan - "Album Anak2ku"

Sofia...
Belakang rumah Tok Nya..Bagan Datoh
Jeti turunkan hasil nelayan
View all 6 photos...
Foto2 ini adalah dari koleksi folder "Album Anak2 ku".Tak suma foto akan di upload disini kerana adakalanyer ia hanya difahami oleh kami sendiri kenapa foto2 tersebut diambil.nanti orang boring lak nak tengok.Ada gambar2 yang hampir sama diambil berturut2.Mungkin ianya akan berguna untuk tujuan peng"edit"an dimasa2 akan datang.
Foto 1.
Muka org baru bangun tidor.....Memang gemar berposing kalau mood bagus.
Foto2.
Tahun Baru Cina '08 kat Bagan Datoh.Style rumah bagan kat belakang ada jeti tempat punggah hasil laut.Abang dulu kerja sebagai nelayan,tetapi sejak 3-4 tahun lepas,dia dah bersara pergi laut dan menjalankan perniagaan gerai makan dihadapan rumah.Jadi,jeti ini kurang terurus.Nana dan Haziq berdua ni macam kembar...satu demam,esok nyer dua2 akan jangkit.Bergaduh dan bergurau memang perkara biasa.Mama pun naik pening ngan depa 2 org ni.Jarak 1 tahun jer...tengok lah,bukan main bagus dan akrabnyer depa ni...
Foto 3.
Orang yang selalu di rindui Nana ialah Ayong.Kalau Ayong balik dari asrama,melekat berdua.Haziq akan selalu ketepi.Sebab dah besar ni,depa dah pandai citer pasal perempuan.Budak2 laki tak leh tumpang tui....
Foto 4
Kat rumah Kg.Gajah....
Foto 5.
Aksi Sofia melihat cendawan experimen ayah.Ayah beli kit membuat cendawan dari Kajang melalui internet.Satu kit lengkap RM 50,boleh buat 7 bungkus polibeg cendawan.Saja nak tunjuk kat anak2 macamana cendawan tu tumbuh.Lagi pun anak2 memang suka makan cendawan.Kang tak tau lak camna cendawan hidup..Taunyer,makan jer..!!!!
Foto 6.
Pantang sofia kalau dapat gunting.Sementara ayah kemas tempat lain,dia dah amik gunting nak trim jugak....Pernah baju mama berlubang kena gunting kat tangan kerana baju tu terjulur keluar lengan bajunyer dari almari.......Masa tu yak de sapa2yang nak mengaku...Kes selesai macam tu jer....(tapi mama tau sapa yang buat...!!)

Jumpa lagi di koleksi yang lain....

...(Ayah)....






[<<  <  57  58  59  60  61  62  63  [64]  65  66  67  68  69  70  71  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net