Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  13  14  15  16  17  18  19  [20]  21  22  23  24  25  26  27  >  >>]    [Archive]
Thursday, 20-Aug-2009 21:00 Email | Share | | Bookmark
Kenduri-Jabatan Perhutanan Selangor

Makan kambing golek..?
Pegawai2 dan tetamu.
Mama dan rakan
View all 4 photos...
Lokasi;Hutan Simpan(Jab.Hutan) Sungai Buloh.
Jamuan santai bersama ahli keluarga Jab.Hutan Selangor,sempena menyambut Ramadhan...
Menu Utama....Ayam Panggang,Kambing Golek dan Sekor Lembu......
(Acara esok pagi ialah ceramah motivasi dan jamuan).

...(Ayah)...






Saturday, 15-Aug-2009 16:00 Email | Share | | Bookmark
Mee Udang,Sg Dua.

Udang galah pun ada(masih hidup lagi ni..!)
Mee Udang-(udang laut)
Kaki udang ni..
View all 9 photos...
Dalam perjalanan balik dari Yan,singgah Sg.Dua,Penang utk lunch,walaupun dah kul 4.00 petang.
Nak rasa Mee Udang yg terkenal kat situ.

Bos kitaorang pun OK jugak,boleh balun pedas...(Mr.Hong Sung Mun-American Korean).Kali ni dia belanja makan..Kena RM 146 jer...???!!

Rating ayah;Lebih sedap dari "Mee Banjir",Kuala Sepetang.(Kuah..?"Mee Bandung" lebih sedap kat Bt.23,Sg. Nibong)
Bertambah sedap Mee Udang ni, bila orang belanja...hehehe

Ayah tapau 2 bungkus utk Mama dan anak2-(udang besar 4 ekor).Harga;RM 25.!!

...(Ayah)...







Saturday, 15-Aug-2009 15:00 Email | Share | | Bookmark
Memancing-Yang menarik..?

Jeti di awal pagi..
Bersiap..!
Gunung Jerai dari jauh.
View all 20 photos...
Antara yg ter"rakam"....dan ter"pilih".....
Layannnn..........

...(Ayah)...














Saturday, 15-Aug-2009 07:30 Email | Share | | Bookmark
Memancing-Yan,Kedah

Jeti,Yan
Senyum jer,naik bot
Prepare mata kail..
View all 17 photos...
Perjalanan dari office dalam pukul 12.30pagi Sabtu,sampai Yan kul 5.30pagi terus ke masjid tunggu Suboh.Lepas subuh terus ke jeti,dah ramai yang tgh sarapan sebelum naik bot masing2.Oleh kerana lewat sampai,sarapan pun dah habis.Makan ala kadar alas perut jer...

Menuju ke tengah laut sehingga 1 jam perjalanan.Cuaca agak mendung sebelah pagi dan laut agak tenang membantu ayah tak "mabuk laut".
Sampai kat tengah jer,Faizam dah mabuk-(1st time ikut memancing). Lubuk ke-2,banyak ikan2 kecik yg kita naikkan.Ayah dapat naikkan beberapa ekor ikan cencaru.Tak ada ikan besar yang dapat dinaikkan.Begitu juga team bot lagi satu yg sama2 sampai.

Beralih ke lubuk yg ke-3,semangat berubah bila terlihat ikan2 besar berkerumun.Ikan pertama ialah dari Faizam-kerapu,di ikuti Shah,Mr.Hong,Ayah dan Malik.Ayah pun 1st timer juga,seronok bila ikan talang menyambar umpan.Oleh kerana x de skill,ayah terlepas 3 ekor ikan talang kerana lambat bertindak.Ayah dapat naikkan sekor talang dan sekor kachi...jadilah..(walaupun x de gambar sebagai bukti..)

Selepas satu jam,perut ayah tak selesa.Angin dah masuk kut?Pagi tadi sarapan nasi lemak sikit jer.
Terpaksa layan tido jap walaupun bot bergoyang2....!!!
Dalam kul 2,Mr Hong ajak balik....pasal ikan dah tak de...

...(Ayah).....










Dari kamera Shah....ada juga bukti...!!


Thursday, 13-Aug-2009 12:30 Email | Share | | Bookmark
Ustaz Asri-Rabbani meninggal dunia..?

Ketika ucapan alu2an.
Gaya nyanyian penuh perasaan.
Moga dicucuri rahmat.
View all 4 photos...
Ayah terbaca berita terkini melalui harakahdaily.net yang menyatakan Ustaz Asri - Rabbbani jatuh dan meninggal dunia ketika membuat rakaman di RTM jam 11.30 pagi tadi.

AlFatihah utk dia....

Berikut adalah foto2 terakhir yg ayah belum pernah upload,diambil semasa Konsert Antara Dunia tempohari...

...(Ayah)......






[<<  <  13  14  15  16  17  18  19  [20]  21  22  23  24  25  26  27  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net