Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  11  12  13  14  15  16  17  [18]  19  20  21  22  23  24  25  >  >>]    [Archive]
Sunday, 20-Sep-2009 10:00 Email | Share | | Bookmark
Eidul Fitri 09 di rumah embah..(1st/2nd day)

Cucu2 dapat duit raya.
Mat Hensem ngan duit raya.
Bersama embah.
View all 6 photos...
Seperti biasa,kita yg sampai kampung dulu utk persiapan hari raya.Mama dah masak rendang kat rumah dulu sebelum balik kerana masalah "AIR" yang tak terkeluar bila musim perayaan dan cuti sekolah..!!!
Selain dari Wak Min dan Wak Ni,keluarga kita dan Acik Jun jer yang available balik kampung.Kebetulan tahun ni ramai yg tak boleh balik raya pertama.(Wak Mis,Wak Man,Wak Mali dan keluarga).
Tahun ni Haziq berpeluang lagi sekali ikut baraan pada raya kedua....

...(Ayah)...







Friday, 18-Sep-2009 08:30 Email | Share | | Bookmark
Bebas ISA..& Hari Raya..

Tunggu saat ni;fajar pagi syawal.
18/9/09
Ofis lenggang hari ni,suma dah pakat amik cuti awal.
Kepada member FP yang sudi mampir,kami sekeluarga ingin mengucapkan......

"SELAMAT HARI RAYA........MAAF ZAHIR BATHIN"
Kita tengok dan update FP lepas raya ni....




16/9/09
Berita pembebasan 5 org dari ISA menjadi tumpuan berita hari ni....Hampir setahun kumpulan terdahulu dibebaskan,termasuklah sahabatku Zulkefli Marzuki yg masih perlu mematuhi syarat2 pembebasan (tahanan terhad) di Kuantan.....nak jumpa keni gi sana la pulak..!!!

Apa2 pun Tahniah dan Selamat Menyambut AidilFitri kepada yg telah BEBAS>>>>!!


Saturday, 12-Sep-2009 14:26 Email | Share | | Bookmark
Bazar Ramadhan Meru.

Masjid Meru dari Bazar.
Ayam Madu.
Berbaris tunggu Nasi Ambeng.
View all 10 photos...
Sejak kena penangan Nasi Ambeng Meru 2 minggu lepas,asik teringat2..Hari ni redah lagi ke Meru lagi,walaupun agak sesak org balik shopping?...
Kasi Mama rehat memasak,dan suma makanan + minuman kita beli jer....
Memang macam lipas kudung Makcik tu membungkus nasi,dan tak berkira sangat kalau nak tambah soon,kuah atau sambal goreng.
Jauh beza kualiti dan kuantiti membeli antara Shah Alam dan Meru.

...(Ayah)...











Monday, 7-Sep-2009 13:00 Email | Share | | Bookmark
G singgah Kompleks PKNS.

PROMOSI@IKLAN.
Kedai Acik Jun-adik ayah.
Berpusu-pusu...!
View all 6 photos...
Ingatkan nak cuti "haf-dey" jer hari ni selepas hal kat Tg.Malim selesai,tapi mama tak galakkan p kerja.Lagi pun cuti masih banyak lagi (15 hari).Nanti jadi kes tahu lepas,sampai berlambak2 cuti selepas masuk tahun baru .Siap bagi extension period lagi nak habiskan cuti...akibatnyer,terpaksa amik cuti seminggu pada masa yg tak diperlukan.Boring kat rumah,ayah pun asik berulang alik ke ofis klu ada isu atau meeting masa cuti tu......huh
Kita singgah terus ke Kompleks PKNS,tengok2 baju melayu Haziq.Masa cam ni memang dah tak banyak pilihan dan saiz.Amik jer ler mana yang ada.
Ayah pun tak larat nak berdiri lama kat situ.Orang bersesak sebab hari ni cuti Nuzul Quran......
Sampai rumah..masing2 terjelepuk,terutama ayah sampai asar..hehehe...

...(Ayah).....


Singgah lah kedai ni....sebut nama ayah 3x..tentu dapat diskaun nyer






Monday, 7-Sep-2009 09:30 Email | Share | | Bookmark
Menjenguk rumah@Tg.Malim.

Mencari bunga.
Jumpa bunga kering.
Dtg bersama pasangan..
View all 4 photos...
1)-Bergegas awal pagi dari Shah Alam kul 7.00am,sebab dah janji ngan penyewa dan dia kena g sebelum 9.45am.Biasanyer amik masa 2 jam juga nak sampai situ,tapi pagi tu jln masih lapang,kita sampai dalam kul 8.15am.
Sementara melihat rumah yang bocor(syiling dan sinki bocor-komplen dari penyewa) tu,ternampak sepasang burung di laman jiran tengah bercanda.Dengan perlahan ambik kamera dan mendekati sehingga ke tepi pagar.

2)Kebocoran disebabkan oleh paip jiran yang "leak",kata adik plumber yg buat penyiasatan.Ayah dan Mama pun buat komplen kat tuan rumah sebelah....Setelah ber "ding-dong" ngan tuan rumah dgn berbagai alasan,dia tak nak bertanggungjawab utk repair atau menanggung kos pembaikan sekiranya ayah yg betulkan.....!!???Ini yg membuat ayah naik "hangin"..?
Siap cakap,kerosakan tu bukan salah dia.Dan cuma boleh berkongsi kos pembaikan ngan ayah..!!!satu statement yg kelakar..

Masalah nyer,wajarkah ayah yg terpaksa menanggung kerosakan akibat kebocoran yg disebabkan oleh paip rumah dia yg "leak"...??.Sungguh tak masuk akal betul.Siap pesan kita ikut undang2,kerana takut ayah bertindak "ganas"...(Dengarnya dia sorang lecturer kat Kolej..Inikah tahap pemikiran sorang lecturer...?).
Sabo jer lah bulan2 posa ni....

Lepas raya ni tau lah ayah buat "sesuatu"...kita kan engineer....


...(Ayah)....







[<<  <  11  12  13  14  15  16  17  [18]  19  20  21  22  23  24  25  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net