Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Sunday, 20-Dec-2009 22:30 Email | Share | | Bookmark
Muar-Air Hitam-Kluang-Tg. Leman.

Adik lena...
Chalet kami...
Jeti di awal pagi..angin dan ombak kuat.
View all 25 photos...
Dengan melalui jalan lama dari Muar-Bakri-Air Hitam-Kluang-Jemaluang-Tg Leman....mengambil masa lebih kurang 5 jam termasuk solat Zuhor di Kluang.
Peristiwa hampir melanggar anak Cina yang tiba2 melintas jalan dengan basikal,hampir menyebabkan kemalangan.Nasib baik ayah sempat brek,dan bunyi tayar menarik perhatian sekitar kawasan kejadian.Kalaulah dia tak sempat pecut dan ayah tak sempat buat emergency brek,pasti anak Cina tu dah mati.!,Tak pasal2 jadi percutian yg mengerikan,masuk lokap dll lagi...
(Lokasi:selepas pekan Kluang berhampiran Kompleks Penjara)
Semasa melalui hutan simpan,terserempak ngan sang pelanduk yang lepak tgh jalan,nyaris2 kena lenyek.Rasanyer dia terlanggar tayar kereta sebelum masuk semula kehutan.
Kawasan hutan tu ada signage "AWAS..GAJAH MELINTAS.."..Biar betul..?
Setelah melalui kawasan Felda dan Estet..,sampai di Tg Leman dalam kul 6.00 petang.Hujan baru turun dan angin bertiup kencang,termasuk ombak yang tinggi.Maklumlah..kita ni biasa tgk ombak Selat Melaka jer.Rupanyer..Laut Cina Selatan lagi ganas..!
Isi perut sikit,terus daftar masuk(main redah jer,tak buat tempahan pun..),nasib baik ada lagi chalet yg kosong.Kalau idak terpaksa redah semula ke Mersing utk menginap sementara menunggu bot ke Pulau Sibu esok pagi.
Lepas Maghrib,kita nak makan malam,dan shopping bahan makanan sikit utk esok.Pekan yang terdekat pun ialah Sedili-menurut kata2 kakak yang bergerai ditepi pantai.Anak2 yang tak biasa ngan kegelapan,tak nak ikut dan start komplen sorang demi sorang...
"Ayah...cukup ker minyak tu..??"
"Adik nak tidur jer..,tak nak ikut..!!"
"Jom lah kita undur balik,tak payah makan,...Dah kenyang...!!"
"Ayah nak kemana gelap2 ni..??"
Dan macam2 "nasihat" dari anak2.
Memang minyak dah kekurangan,dengan harapan akan ada gerai jual minyak di Sedili nanti.(Pam minyak memang tak ada kat situ-yang berjual minyak pun pakai gelen atau bekas/botol jer..)
Perjalanan ke Sedili dalam kegelapan estet dan kebun kelapa sawit sangat mendebarkan.Lebih2 lagi tak ada orang lalu lalang dan kadangkala hujan lebat turun.Anak2 tolong bacakan doa dan bacakan ayat kursi mana yang patut.Ayah kena tunjukkan "macho",walaupun ayah berdebar2 juga dalam hati.Tempat tu lebih jauh dari yang dijangkakan.Dah lebih 30 minit pun masih tak jumpa pekan Sedili tu.Minyak hanya cukup utk balik ke Tg Leman sahaja.Masih tak cukup utk ke stesyen pam minyak yang terdekat di jalan utama Mesing-Kota Tinggi.Bila dah ternampak lampu dan jambatan yang canggih di Sedili,baru hati rasa agak lega,terus cari minyak.Hanya ada 3 kedai runcit yang menjual minyak.Gerai yang terakhir di hujung dunia masih beroperasi..terus isi minyak 10 liter=RM23.00.Tak terkira mahal macamana pun,tanpa ragu terus isi lah....
Selesai isi minyak,kita nak isi perut pulak.(Jam dah kul 9.30 malam).Ada ikan bakar kat situ..
Mama kata SEDAP..ikan bakar kat situ!
Masa bayar makan,makcik tu peramah pulak,"jangan tegur" apa2 dalam perjalanan balik nanti.Dia sendiri pun tak berani nak meredah jalan estet tu malam2....Bertambah gementar lah masing2.Lebih baik kita tak tahu..supaya boleh buat dekkkk jer.... Kena pulak jam dah pukul 10.30 malam..>!!Sekali lagi anak2 duk kat belakang tanpa bersuara ketakutan..
Alhamdulullah...selamat sampai ke chalet..Jiran chalet sebelah ajak sembang sampai kul 1.00pagi.Terpaksa masuk pasal dia nak start memancing kul 4.00 pagi,Ayah lak nak menyeberang ke Pulau Sibu esok pagi.Anak2 dah lama tido...

...(Ayah)...


























Sunday, 20-Dec-2009 13:00 Email | Share | | Bookmark
Ronda2 Bandar Hilir,Melaka.

Terlena dicelah katil.
Kepenatan>.?
Cepat2 siap utk ke Bandar Hilir.
View all 42 photos...
Terlanjur dah ke Melaka,kita nak ronda Bandar Hilir sementara menunggu masa ke Tanjung Leman,Johor.
Walaupun dikira agak pagi dalam pukul 10.00pagi,tapi sekitar Bandar Hilir dah sesak dan terpaksa pusing bandar 3 kali utk mencari "Parking"-dengan tiket sehari berharga RM5...!! (Depa tak hulur tiket untuk 2 jam saja..?!).
Untuk balik kembali ke kereta,kami naik beca glamor pasal tak larat nak menapak lagi dah.
Biasa satu pusingan hanya RM10 jer,tapi kerana special route,kena bayar RM 20 x 2 beca.
Pada masa ni nampak beberapa buah kereta My-J baru masuk Bandar Hilir....depa balik hotel lewat malam tadi lah tu....
Selain dari Eye on Malaysia kat situ,ada Tamingsari Tower boleh naik utk tgk pemandangan sekitar Bandar Melaka,tapi kena tunggu "Que" selama 2 jam la pulak....Lain kali lah datang lagi sebab main event kita ialah Pulau Sibu kali ini.
Gambar2 adik nak beca yg menarik pun dah "terdelete" lah pulak..!!!
Hanya satu foto yg terselamat...waktu bayar haga beca tu....hahahaha....

Nota;Menginap di ANCASA Hotel brhampiran MTIC-Rating ayah..?Lebih rendah dari De Palma Inn-bau agak hapak dan Mama tak lena tido pasal macam ada benda "merenyam dah menggigit" tgh2 malam.Ada hama kut..?Mungkini dah lama tak digunakan bilik tu.Selama 2 hari ni My-J yang memenuhi bilik kat situ.Biasanyer tak de org kut..?
Pengalaman yg sama semasa ke Cameron Highland tahun lepas....

...(Ayah)...











































Saturday, 19-Dec-2009 23:59 Email | Share | | Bookmark
My-J Projek;Konvensyen ke-2

Sofia-mencuba melukis.
Nana pu tumpang seronok dapat pensil color free
Anak Tokeh...
View all 29 photos...
Mendapat jemputan dari Team My-J utk menghadiri Konvensyen ke-2 di MTIC,Ayer Keroh.
Walaupun dah bermula pada 18/12/09,kita start pergi pada Sabtu-19/12/09.
Hotel di sponsor oleh Dato Suhaili-pengasas My-J di MTIC Ancasa.Walaupun hujan turun tak renti sejak tengahari,namun buat team My-J,sambutan sungguh meriah dengan kehadiran KM Melaka,Datuk Seri Muhd. Ali Rustam.
InsyaAllah,Konvensyen ke-3 akan diadakan di PWTC pula nanti..
Ayah pun tak sanggup nak tunggu suma acara berlangsung ,mungkin sehingga pukul 2.00pagi.
Sebab makan malam pun dah dekat pukul 10.30pm...
Betul2 makan "malam"..!!Lauk pauk pun dah sejuk,perut pun dah masuk angin....
Ayah keletihan amik foto yg menarik....

...(Ayah)...






























Thursday, 17-Dec-2009 04:02 Email | Share | | Bookmark
PPP @ PVA Annual Dinner

Annual Dinner
MD's PROTON
Minister of MITI
View all 4 photos...
Semenjak sekian lamanyer Annual Dinner mendapat sambutan yg baik tahun ini dan dewan penuh dengan meja.Hanya Noryn Aziz yang menyerikan majlis,tapi tak sempat shoot kerana keadaan dewan yg penuh dan dia hanya menyanyikan 4 buah lagu jer....
Dirasmikan oleh menteri MITI-(Tok Pa @ Datuk Mustapa Muhammad).
Door gift punh tak dapat tahun ni...lucky draw pun tergelincir juga..!Nasib baik wakil meja dapat hadiah...
Makan...?? Pi mai pi mai tang tu jugak..??!!

...(Ayah)....






Sunday, 6-Dec-2009 14:00 Email | Share | | Bookmark
Persandingan Farhan (Johari+Kak Ani)

Bapa Mempelai...
Masuk dewan.
Atas pelamin PINK....
View all 18 photos...
FARHAN-anak kepada Kak Ani + Abg Joe(Pelabuhan Klang),anak sulong mereka.
Kenduri terpaksa(mungkin) dibuat di Balairaya kerana kedudukan rumah ditepi jalan utama ke Pelabuhan Klang..agak merbahaya kerana laluan treler dan lori dari dan ke pelabuhan.Agak sukar utk parking dan melintas jalan.

Lokasi;
Balairaya Dato Razali, Jalan Hj Manan, Kapar.

Nota;
Masa berlalu begitu cepat...tak berapa lama lagi "turn" kita lak sampai ma.....???

Selamat Pengantin Baru.

...(Ayah)...
















[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net