Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Friday, 1-Jan-2010 03:00 Email | Share | | Bookmark
Pelancaran Pemasaran Pelan E-BioAsli.

Concorde II Hall
Promosi....!
Otai BioAsli dan Duta2.
View all 23 photos...
Hari sehari suntuk masa ayah untuk BioAsli.Jemputan dari Tokeh BioAsli -Tn Hj Ishak Basiran utk mengambil foto2 pada majlis pelancaran ini.Mungkin dia berpuas hati dengan assignment pertama semasa pelancaran kat Bluewave bulan Nov '09 yang lepas.
Sebelah pagi adalah sesi pengambaran bersama duta2 BioAsli-Kaza dan Rahim Kijol.
Oleh kerana sesi fotografi agak lewat,ayah pun rushing amik pelbagai posing utk tujuan promosi sambil mengejar waktu solat Jumaat.Hasilnyer kurang memuaskan dari segi pencahayaan.
Sebela petang selepas solat Jumaat,dah ramai tetamu datang.Yang datang naik satu bas pun ada.Nampak gayanyer kerusi yang disediakan tak cukup.Kehadiran tetamu sangat memberangsangkan dan diluar dugaan.Kawan2 yang ayah hantar SMS tu cuma Mail-Klag jer yang hadir,tapi x sempat jumpa kerana ayah sibuk kat depan.
Selain dari Kaza dan Rahim,selebriti2 lain yang datang ialah Anjang Aki(Baharuddin Hj Omar),Hilmi the Gimmick dan Mat Over.
Selesai event,Tn Haji huloqkan beberapa helai note RM50....Syukur...!Walaupun ayah tak mengenakan caj.Malam tu ayah lak belanja sekeluarga dengan "gaji" tu...hehehe

..(Ayah)...

Nota;
Lepas tu ayah rasa nak demam,sakit dan sengal segala betis dan peha.......Ambik foto ni pun kena ada kekuatan stamina jugak rupanyer......maklumlah ,kerja sehari suntuk..!!!!

























Sunday, 27-Dec-2009 15:00 Email | Share | | Bookmark
Abang Ninit Bertunang.

Bermula negotiation..
Rumah penuh dengan wakil pihak lelaki
Calon tunang dah keluar.
View all 26 photos...
Tak sangka lak,abang Ninit ni dah nak kawin.....Dengan sikap penyenyap dan COOL nyer,dah pun nak ada isteri.
4 buah kereta dari kampung yang bertolak pada pukul 11.00pagi ke Kuang,Sungai Buloh.Ditambah dengan 3 biji kereta dari Shah Alam(Kak Idah,Acik Jun dan kita).Selesai solat Zuhor di Masjid Kuang,rombongan sampai lebih kurang pukul 2.45petang.Lorong rumah bakal tunang (Lorong Tanjung)bersebelahan dengan lorong rumah Makcik Minah Adam.(Lorong Ros)
Wak Min jadi perantara dan wakil pihak lelaki-Wak Talkah jadi pemerhati jer...Majlis bermula dan berakhir dengan sangat ringkas.Sana terima,sini setuju..selesai.
Selepas sarung cincin merisik dan cincin tunang..(woi...2 cincin tuuu...!!!??) oleh Wak Lim,majlis seterusnyer ialah jamuan makan.Ayah makan pucuk rebung...sedapnyer,manis macam makan umbut kelapa lak..Mungkin itu rebung madu kut....
Ayah ngan kecohnyer shooting gambar tetamu,abang Ninit dan tunangnyer.Kalau mengikutkan perbualan wakil2 tadi,kenduri akan dipercepatkan dalam masa 3-6 bulan.Cadangnyer nak disatukan sekali dengan Kak Linda nanti.Wak Ni sambut 2 menantu serentak lah nanti..Gempak dan meriah tu persandingan 2 dalam 1 tu nanti....
Apa2 pun.......Kita hanya mampu merancang.
Nampaknyer Abang Ninit kena duk Kuang lepas kahwin nanti,pasal tunangnyer anak tunggal dan tak de bapak dah.....
Keje pun kat Shah Alam jer kan..?....

...(Ayah)...
























Sunday, 27-Dec-2009 13:14 Email | Share | | Bookmark
Ayong dan keputusan PMR

Mama tunggu jer.
Jumpa guru kelas.
Mama bagi ucapan tahniah.
View all 8 photos...
Ayong,
Jangan leka...
Ada 2 tahun lagi utk peperiksaan yang lebih penting....SPM
Selamat Belajar...

...(Ayah)...









Tuesday, 22-Dec-2009 20:00 Email | Share | | Bookmark
Yang menarik di Twin Beach Resort..!?

Jeti ke resort.
Bot parking kat sini
Dari dewan makan
View all 23 photos...
Fakta & Info;
1-Sesuai dengan namanyer,resort ini mempunyai 2 pantai yang luas dan cantik.Sekiranya ombak terlalu bahaya untuk pantai yg menghadap Laut Cina Selatan,pantai yg lagi satu terlindung dari ombak besar dan kita masih boleh mandi-manda.
2-Antara chalet yang dibuka (available) walaupun didalam musim monsun.Baik pergi pada waktu ini kepada mereka yang sukakan privacy.
3-Walaupun ada jeti awam,setiap resort mempunyai jeti masing2 sebagai identiti masing2.
4-Pulau Sibu ada bekalan letrik melalui generator TNB untuk penduduk pulau.Resort mempunyai generator sendiri yang dipasang pada pukul 6.00 ptg sehingga pagi.
5-Sumber air bersih diambil dari telaga.Walaubagaimanapun,airnyer ada sedikit rasa payau dan masin.
6-Tiada TV atau ASTRO atau TV.Hanya set karaoke disebelah malam,kerana sumber elektrik hanya disebelah malam.Pastikan bateri HP atau kamera di cas sepenuhnyer disebelah malam.
7-Walaupun tiupan angin laut kuat,anak2 prefer guna air-cond kalau nak tidur.
8-Musim monsun menyebabkan pantai dipenuhi kayu2 dan bahan hanyut ke pantai.Rasanya,selepas musim monsun,tentu depa baru start membersih pantai.Kalau tidak tentu pantai ni lagi bersih dan cantik.

...(Ayah)...













Baru tahu kenapa gambar ini kurang jelas dan berwarna putih..?
Rupa2 nyer ada kristal garam yang melekat difilter akibat biuh2 yang diterbangkan angin kuat dan melekat ke filter....











Monday, 21-Dec-2009 11:00 Email | Share | | Bookmark
Twin Beach Resort-Pulau Sibu.

Takutt....
Kena gelak jer..
Adik syok...
View all 41 photos...
Bot resort dah sampai semasa kita sampai di jeti.Oleh kerana kita datang awal (9.45pagi),maka kita lepak2 kat jeti tu tgk orang menyeberang ke Pulau atau kelong atau laut dalam utk memancing.
Sepatutnyer bot bertolak pukul 10.30 pagi,tetapi oleh kerana ada satu team lagi yang belum sampai,maka terpaksa tunggu.Anak2 yang ceria semasa sampai,mula menunjukkan muka "bosan" kerana tak naik bot lagi.Setelah puas tunggu,akhirnya sampai hampir pukul 12 tghari.Masa kami dah terbuang di jeti sebenarnya.wlaupun hasrat asal nak menghabiskan masa di Pulau Sibu.
Ombak besar menyebabkan Mama ketakutan,pegang palang besi macam nak tercabut dibuatnyer.Suma org ketawa jer tgk mama.Sofia pun tenang dan "STEADY" jer duk sebelah ayah.Tahun lepas dia ketakutan walaupun naik feri ke Pulau Pangkor.
Perjalanan selama 30 minit tu membuatkan lutut mama menggeletar... ,
Sampai jeti jer baru mama bleh tersengih....! Terus kita lunch dulu pasal dah lapar.Hanya ada 2 group tetamu jer kat resort tu.Memang seronok dan banyak privacy.
Lepas tu suma dah tak sabar nak terjun laut,tapi pantai yang mengadap Laut Cina memang bermbak besar.Nasib baik ada pantai disebalik nya yang terindung dari mbak besar.Kat situlah berendam walaupun tengahari buta.Cuaca kerap berubah dari panas/mendung/hujan silih berganti.
Lepas dinner,main karom dan berkaraoke sekeluarga.Tak malu sangat pasal tak de tetamu lain kat situ. Boleh belasah lagu walaupun pitching lari,semput dll.Sofia dah lena atas sofa.Haziq menahan ngantuk pasal nak memancing ikan.Tak sabar nak pergi.Asik tanya bila nak g mancing....
Tengah malam bila air pasang maksimum hampir mencecah lantai pelantar,ayah dan Haziq g memancing dengan umpan sotong.Walaupun tak dapat ikan,tapi Haziq dapat belajar melontar umpan dan merasa rentapan ikan makan umpan....
Sampai kul 1.30 pagi,ombak makin kuat,angin makin menderu,hari dah lewat malam,mata pun dah kelat dan kita balik chalet.Yang lain dah dibuai mimpi.

...(Ayah)....

Nota;
Kak Huda kalau nak ber HONEYMOON nanti boleh lah datang sini.Sunyi..asyik hujan dan tak ramai orang...hehehe










































[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net